Cabaran Pembelajaran Secara Atas Talian (Online) Di Malaysia

Cabaran Pembelajaran Secara Atas Talian (Online) Di Malaysia

Pembelajaran atas talian (e-pembelajaran) adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi semenjak pandemik COVID-19 melanda Malaysia. Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberikan cabaran baharu kepada warga pendidik dan pelajar apabila kaedah pembelajaran secara atas talian dilaksanakan bagi menggantikan pembelajaran secara bersemuka.

Proses penyampaian ilmu melalui platform digital seperti Google MeetZoomWhatsapp mahupun Telegram bukanlah semudah yang disangka kerana terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi oleh warga pendidik mahupun pelajar. Antara cabaran yang sering berlaku di Malaysia termasuklah:

  1. ketiadaan peranti khusus untuk pembelajaran,
  2. persekitaran yang kurang kondusif,
  3. tahap kemahiran para pendidik menggunakan teknologi yang sedia ada,
  4. sikap pelajar ketika sesi pembelajaran secara atas talian serta,
  5. kekurangan kemudahan internet di rumah.

Ketiadaan peranti khusus sememangnya satu isu yang besar terutamanya kepada golongan yang kurang berkemampuan. Tidak semua ibu bapa dapat menyediakan kemudahan peranti bagi sesi pembelajaran di rumah dan ini berpotensi menyebabkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.

Persekitaran pembelajaran yang kurang kondusif turut menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk memberikan tumpuan semasa sesi pembelajaran dijalankan. Malah, terdapat segilintir ibu bapa yang mengambil sikap acuh tak acuh dengan memberikan tugasan rumah tatkala proses pembelajaran sedang berlangsung.

Selain itu, tidak semua warga pendidik di Malaysia mempunyai kepakaran menggunakan teknologi dalam bidang pelajaran, dan ini sememangnya memberi impak yang besar terhadap sesuatu proses pembelajaran. Namun begitu, kesungguhan yang ditunjukkan wajar dipuji memandangkan mereka tetap berusaha memberikan yang terbaik walaupun mengambil masa sedikit lama untuk mempelajari sesuatu aplikasi digital.

Sikap pelajar yang kurang berdisiplin seperti bergurau senda dan bermain-main turut merumitkan usaha-usaha pembelajaran. Jika dahulu warga pendidik dapat menegur sikap yang tidak diingini di dalam kelas, pembelajaran secara atas talian telah menidakkan perkara tersebut. Hal ini akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu dan tidak dapat disampaikan dengan sempurna.

Yang pasti, kekurangan kemudahan internet sememangnya antara faktor terbesar yang perlu dihadapi pendidik dan pelajar serta perlu diselesaikan oleh kerajaan dalam kadar yang segera. Selain ketidakupayaan mempunyai capaian internet yang baik terutamanya di kawasan kampung dan pendalaman, capaian internet di Malaysia adalah antara paling perlahan dan termahal di dunia menurut laporan The State of LTE oleh OpenSignal. Dalam visi untuk menjadi sebuah negara yang maju, perkara ini harus diperbetulkan.

Cabaran yang dihadapi pembelajaran atas talian tidaklah terhad kepada lima perkara ini sahaja. Terlalu banyak sebab yang boleh diberikan. Begitulah pada era COVID-19 ini, sesuatu yang tidak pernah disangkakan telah berlaku, dan kita semua haruslah berdepan cabaran-cabaran ini.  Dalam merealisasikan kaedah pembelajaran secara atas talian yang lebih baik untuk kepentingan negara pada masa akan datang, semua pihak mestilah berganding bahu daripada semua aspek.

Penulis: Syafiq Rosli

Advertisement

Faedah-Faedah Penggunaan Laman Sosial Kepada Remaja

Penggunaan laman sosial seperti ‘Facebook’, ‘Instagram’ dan ‘Twitter’ telah mendapat perhatian masyarakat di negara ini terutamanya golongan remaja.

Jelaskan faedah-faedah penggunaan laman sosial kepada remaja.

Pendahuluan

Perkembangan bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai ciptaan baharu untuk kegunaan dan kemudahan manusia masa ini. Pada masa yang sama perkembangan sains dan teknologi juga telah mengubah budaya atau cara hidup masyarakat. Sebagai contoh, dahulu manusia berkomunikasi secara bersemuka- Hasil perkembangan sains dan teknologi, masyarakat kini boleh berhubung atau berkomunikasi tanpa bersua muka – melalui panggilan telefon. Teknologi terkini membolehkan masyarakat berhubung melalui laman sosial Facebook, Twitter, Instagram, aplikasi Telegram dan WhatsApp – dalam alam maya. Persoalannya, apakah faedah laman sosial kepada remaja?

Ayat topik

Menambahkan kenalan dan mengeratkan hubungan

Ayat huraian

Remaja mempunyai kecenderungan tinggi untuk berkenalan. Aplikasi sosial yang terdapat di laman-laman sosial memberi ruang dan peluang kepada pengguna laman sosial untuk menambah kenalan atau mengeratkan hubungan antara saudara mara ataupun rakan taulan yang berada di mana-mana sahaja walaupun tidak bersua muka secara nyata.

Ayat contoh

Laman sosial seperti Facebook menyediakan kemudahan carian kenalan, menerima kenalan baharu ataupun menghantar permintaan untuk berkenalan dengan individu yang mempunyai akaun dengan Facebook. Paparan foto wajah individu, butiran peribadi dan maklumat lain juga merupakan kemudahan yang disediakan laman sosial Facebook. Laman sosial yang lain seperti Instagram dan Twitter juga mempunyai pelbagai kemudahan yang disediakan untuk kegunaan pemilik akaunnya.

Ayat kesan

Seseorang itu akan dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja di dunia ini walaupun hanya secara maya – dunia tanpa sempadan. Hubungan persahabatan atau persaudaraan akan kembali terjalin – kian menjadi erat , Berbual secara penghantaran mesej atau membuat panggilan video.

Ayat penegasan

Kewujudan laman sosial membolehkan sesuatu hubungan antara dua pihak akan bermula, Kembali terjalin atau menjadi semakin erat

Ayat topik

Dapat berkongsi maklumat

Ayat huraian

Laman sosial menjadi wahana perkongsian maklumat khususnya berkaitan akademik ataupun pengetahuan am dalam kalangan pelajar. Laman sosial juga menyediakan pelbagai maklumat yang diperlukan oleh pelajar sekolah atau pelajar institusi pengajian tinggi

Ayat contoh

Facebook membolehkan pelajar berkongsi maklumat dengan mudah dan cepat – maklumat di hujung jari. – Facebook mempunyai kemudahan memuat naik atau memuat turun maklumat – Aplikasi Telegram dan WhatsApp juga menyediakan kemudahan perkongsian maklumat antara setiap ahli kumpulan. Urusan perbincangan atau diskusi berkaitan dengan topik atau tajuk dalam mata pelajaran dapat dilakukan secara maya

Ayat kesan

Memudahkan pelajar menerima maklumat atau menghantar maklumat kepada rakan-rakan yang dalam tempoh masa singkat.

Ayat penegasan

Perkongsian maklumat dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat – menjimatkan masa dan wang ringgit. Perbincangan juga dapat dilakukan dalam suasana yang menyeronokkan.

Ayat topik

Menjana sumber pendapatan .

Ayat huraian

Laman sosial Facebook dan WhatsApp membolehkan remaja khususnya berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara atas talian dan memberi pulangan kewangan yang lumayan.

Ayat contoh

Remaja boleh mempromosikan barang jualan dengan cara yang mudah, berkesan tanpa memerlukan modal yang besar – Terdapat pelbagai jenis barang yang dijual melalui laman sosial – Bisnes tudung, beg tangan, perhiasan wanita, barangan kosmetik, pelbagai jenis makanan – merupakan barangan yang biasa diiklankan dan dipasarkan melalui laman sosial. Urusan jual beli semuanya dilakukan melalui laman sosial. Pelanggan dapat memberikan komen terhadap barangan yang dibeli dalam masa yang singkat

Ayat kesan

Terdapat remaja yang telah berjaya menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit sebulan hasil perniagaan atas talian. Memberi peluang kepada remaja untuk menceburi bidang perniagaan tanpa perlu menyediakan premis perniagaan – Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Ayat penegasan

Laman sosial merupakan platform terbaharu untuk menjana pendapatan atau mendapatkan sumber rezeki.

Ayat topik

Cara baharu pembelajaran

Ayat huraian

Pembelajaran secara tradisional – guru mengajar, pelajar mendengar dan mencatat – kurang relevan dengan keperluan dunia pendidikan masa ini – ketinggalan zaman – katak di bawah tempurung. Pelajar inginkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan tidak bersifat statik tetapi bercorak interaktif.

Ayat contoh

Pembelajaran melalui laman sosial – menyediakan peluang kepada pelajar untuk belajar dalam suasana dan waktu yang fleksibel- boleh memilih waktu untuk belajar secara bersendirian atau secara berkumpulan mengikut kelapangan diri – boleh mencari sumber rujukan bagi sesuatu topik atau tajuk secara pantas – terdapat pelbagai laman yang menyediakan nota atau soalan-soalan latihan beserta skema jawapan yang boleh menjadi rujukan pelajar.

Ayat kesan

Pembelajaran menjadi aktiviti yang menyeronokkan – pencapaian akademik pelajar meningkat- lebih ramai pelajar yang lulus dalam peperiksaan

Ayat penegasan

Laman sosial seperti Facebook, Telegram dan WhatsApp  merupakan wadah pembelajaran berkesan dan menyeronokkan.

Penutup

Kewujudan pelbagai laman sosial dalam alam maya pada masa ini banyak memberikan faedah kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. Namun, harus diakui bahawa kewujudan laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga mendatangkan implikasi negatif kepada penggunanya. Budaya negatif seperti budaya fitnah dan penyebaran berita palsu kian berleluasa. Pihak kerajaan seharusnya menggubal undang-undang baharu atau menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi menangani masalah tersebut.

MODEL 5

MODEL 5

Pendahuluan

Mencegah lebih baik daripada mengubati – elak penyakit berbahaya – diabetes, sakit jantung, kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi – haruslah menjaga kesihatan diri – cara-cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang

Ayat topikCara-cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang adalah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu
 
Ayat huraianDengan bersenam dapat menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh
Ayat contohMelakukan senaman di taman rekreasi dan gimnasium – Berjoging, berzumba dan senamrobik – Senaman dilakukan pada hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad atau selepas balik kerja pada waktu petang – alah bisa tegal biasa
 
 
  
Ayat kesanErat silaturahim dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah
Ayat penegasanJelaslah bahawa, cara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah seseorang itu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
 
  
  
Ayat topikCara-cara untuk menjaga kesihatan diri ialah seseorang itu membuat pemeriksaan berkala dengan doktor
 
  
Ayat huraianPenyakit datang tanpa kita sedari jika kita tidak membuat pemeriksaan doktor
Ayat contohMembuat pemeriksaan di hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan – jumpa doktor – buat pemeriksaan tekanan darah, diabetes dan jantung
 
  
Ayat kesanDapat tahu tahap kesihatan diri – cegah sebelum parah
Ayat penegasanOleh itu, cara-cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang adalah membuat pemeriksaan berkala dengan doktor
 
  
  
Ayat topikCara-cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang
Ayat huraianPemakanan seimbang adalah cara pemakanan yang sihat berpandukan piramid makanan
Ayat contohMengurangkan makanan manis dan berlemak seperti kek dan gula-gula. Banyakkan pengambilan makanan yang berserat seperti sayuran dan buah-buah sekurang-kurangnya lima sajian sehari.
 
  
Ayat kesanBadan sentiasa sihat dan cergas. Melancarkan sistem penghadaman – badan sihat otak cerdas.
Ayat penegasanTuntasnya, cara-cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang
 
  

Penutup

Sudah terang lagi bersuluh, terdapat banyak cara untuk menjaga kesihatan diri seseorang. Ibu bapa hendaklah mendidik anak tentang kepentingan menjaga kesihatan sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya – kesannya kehidupan lebih berkualiti – kesihatan diri tiada nilainya.

Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Usaha Kerajaan Dalam Meningkatkan Mutu Sukan Negara

Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam pertandingan kelayakan Piala Dunia kepada pasukan singapura serta tumbangnya jagoan badminton negara Datum Lee Chong dalam kejohanan badminton baru baru ini seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Hal ini belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras yang lain seperti hoki, olahraga, renang dan sebagainya. kemerosotan pencapaian atlet -atlet negara ketika bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupon antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet -atlet kira hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran *jaguh kampung* ataupon atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara,agar kita dapat duduk sama rendah berdiri sama tingg dengan negara negara lain dalam bidang sukan .

Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaung sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia kebanyakan persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan- persatuan seperti persatuan bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya,para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai Medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi,menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianaktirikan oleh mereka . kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku. Mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkenan hal ini, mantan Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembagunan sukan hanya dapat ditangani oleh induvidu yang berkelayakan. Justeru,sewajarnya bar is an kepimpinan sukan ini dirompak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka -muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara . bak kata peribahasa hanya jauhari yang mengenal menikam.

Di samping itu, program – program pembagunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara para peringkat antarabangsa kerajaan melalui kementerian sukan dan belia telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembagunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara(MSN) dan institut Sukan Negara (ISN). Program pembagunan sukan ini meliputi aspek -aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan,pemakanan ,psikologi dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini. Menteri Belia dan Sukan. Datuk Sabri Chik pernah menegur tentang cara pemakanan pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya, kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti,memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpontensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah arena badminton. Biarpon muncul gandingan emas. Koo Ken Kiat dan tan Boon Heong. Namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala -galanya. Namun begitu segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan penggemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar du hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita.

Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanan- kejohanan antarabangsa secara lebih cekap dan penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan Serta menyesuaikan diri dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya,tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam perbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan mereka berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus- putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar ibarat melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam Kalangan atlet, pihak -pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air.

Di samping itu, kementerian pelajaran Malaysia juga perlulah berperanan mencungkil bakat bakat muda Dari peringkat sekolah lagi kita sedia maklum bahawa para pelajar di seluruh negara begitu ramai yang mempunyai bakat yang terpendam dalam bidang sukan. Buktinya semasa kejohanan sukan di peringkat sekolah, daerah,negeri dan kebangsaan,kita dapati ramai pelapis muda yang berbakat dan berpontensi. Namun bakat mereka tenggelam begitu sahaja setelah tamat zaman persekolaha. Oleh hal yang demikian pihak kementerian Pelajaran Malaysia perlu menggilap bakat -bakat muda ini hingga mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Penubuhan sekolah sekolah sukan seperti Sekolah Sukan Sultan Abdul Jalil, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar dan lain- lain merupakan satu langkah bijak akan datang agar kita tidak ketandusan pelapis dalam bidang sukan negara pada masa akan datang.

Pegambilan jurulatih serta pemain import juga merupakan suatu usaha yang positif ke arah meningkatkan mutu sukan negara. Hal ini demukian kerana para atlet serta ahli sukan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada jurulatih yang berwibawa. Para pemain dapat didedahkan dengan teknik, serta kemahiran bertaraf dunia agar pemain *kita dapat duduk sama rendah berdiri sama tinggi* dengan pemain pemain di peringkat dunia. Selain itu,para pemain juga akan mendapatkan rakan pelatih atau “sparing partner” yang bertaraf dunia. Dengan pendedahan serta latihan insentif ini sudah pasti para atlet kita akan mampu bersaing atau bertanding di peringkat antarabangsa. Tindakan FAM untuk mengambil semula pemain- pemain import dalam Liga Bola Sepak Malaysia merupakan usaha *serampang dua mata*, iaitu untuk meningkatkan mutu sukan negara serta menyemarakan sokongan peminat sukan kepada pasukan pilihan mereka. Jelaslah bahawa pengambilan jurulatih dan pemain import bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet atau ahli sukan,malahan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Konklusinya, kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka Lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negara negara seperti Trinidad dab tabago ataupun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.

.

 

 

Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia akan menjadi kenyataan. Peribahasa melayu ada menjelaskan *pengayuh sudah ada di tangan ,perahu sudah ada di tangan* terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan untuk negara!

Synopsis

Short Story Leaving : Synopsis

Leaving, set in Tanzania is about a young man’s dream to go abroad to study. His mother is reluctant to let him go for various reasons. Her husband’s early death had made life difficult but she had managed to bring up five children by herself. Two of the older girls are married and Firoz the older brother is working in a big shop. She wants the younger two to do well in their studies and thus, sells the store to move to Upanga, a smaller and quieter town.

An ex-teacher from America, Mr. Datoo inspires Aloo and he decides to apply to the universities there. To his great joy, Aloo obtains a scholarship to study medicine in America and thus, wishes to reject the offer to study agriculture locally.

His mother, however, is unhappy to let him go so far away. She tells him that they will still need some money to pay for the air ticket and other expenses. She also feels that it will be hard to let him go from home. She is dismayed and feels betrayed that he wishes to go without considering her feelings.

Seeing his eagerness, she decides to talk to the school officer to get some advice. Mr. Velji, the officer tells her that Aloo will get a good education abroad but that she may lose her son. Aloo states firmly that children going abroad do not get lost.

Aloo’s mother advises him not to give up his values and beliefs before she can allow him to go. Aloo is thrilled to be in a foreign land and writes home excitedly on seeing London where he stopped over on the way to America. But his mother wonders sadly if he will ever return to the family again.

Characters

Short Story Leaving : Characters

Aloo               

  • The youngest in the family. Gifted student, gets straight A’s in his results; inspired by an ex-teacher to apply to go to an American university. Wants to study medicine, not agriculture as required by the local university. Wins scholarship in America but is disappointed when his mother is reluctant to let him go.
  • A loving son. Cries when his mother expresses her fear that she may lose her son.
  • Happy when his mother relents and allows him to go to America. Loves his family; he is not defiant and wants everyone’s love and support.
  • Delighted to see London, thrilled with everything new. Thirsting for knowledge. Very eager to better himself and reach for the stars, has a great potential to do well. Promises to uphold the principles of his culture and traditions and not take up bad habits.

The Mother 

  • Lost her husband at 33, had to look after 5 children. Refuses to re-marry as she does not want the children to be sent to a children’s home.
  • Very hard-working, raises 5 children, gets 2 daughters married off, elder son takes a job, concentrates on improving the lives of the younger two.
  • Moves town so that they can do better at school.
  • Loves her children so much that she finds it hard to let them go.
  • Sensitive to their needs, so relents finally to Aloo going abroad
  • A very good mother, if she is selfish, it is out of love for her children.
  • A proud, independent woman, she is a woman of substance.

Mehroon 

  • Lives with her husband in town.

Razia  

  • Rich housewife, lives in Tanga on the coast north of Dar es Salaam

Firoz 

  • The older brother, drops out of school.
  • Works in the office of a big shop.

Mr. Datoo  

Ex-teacher, returns from America to visit. A favourite of the boys, inspires Aloo to apply to an American university.

Mr. Velji   

  • A school officer, with a large head and small neat body, wears black glasses and looks clever.
  • He is impressed with Aloo’s results and advises him to take up the offer to study in America. Warns the mother that she may lose him.

The Narrator       

  • The youngest daughter in the family. It is from her point of view that we see the family. Smart, studying at the university.
  • Caring, sees her mother’s pain and understands what she has gone through. Supportive and loving too.
  • Observant and sensitive, knows that her brother really wants to go overseas and is not keen on studying locally.

Language and Style

Short Story Leaving : Language and Style

The language used is basically simple and direct. The interest in the story is sustained well and the reader gets caught in the conflict between the mother and the son. The reader wants to know if the son will go to America and if so, will he return as a filial son or will he forget his traditions and become Americanised? The simple descriptions develop the storyline well.

Literary Devices

Short Story Leaving : Literary Devices

Imagery

Descriptive words create interesting and vivid images in the reader’s mind.

Leaves rustling in the wind (page 32); Wild land, with tall trees and at night it felt a lonely, frightening place (page 32); An exciting new world was waiting for him (page 33); Not made of stone (page 36); Wind…bringing some welcome cool air into the hot room (page 37); Worried, unsmiling face, a face with deep lines…. (page 38); Even the mountains are clean and tidy (page 40)

Simile

Mr. Velji …like a clever man (page 36); Walked in like a soldier (page 36)

Irony

Aloo’s mother refers to uncles in America who will pay money

to send him to college!

(page 32, 34)

Aloo has no such uncles and if he did have them, they may not pay for his education either! The mother is sarcastic as she herself is painfully aware that the family has no money to educate Aloo.

Question and Sample Answer (10)

Question 10

The main character is a strong-willed person. How is this shown in the novel? Support your answer with close reference to the text.

Sample Answer :

The novel that I read was ‘Dear Mr Kilmer’ by Anne Schraff. The statement “Family supports family” was not true in the beginning of the story. However, it became true at the end of the story.

Richard Knight had a secret. Nobody knew that he wrote poetry including his family, teachers and schoolmates. One day, Richard learnt about Mr Kilmer when Richard’s English teacher, Mrs Hansen read a poem to the class. The title of the poem was “Trees” by Joyce Kilmer. Mr Kilmer was a famous poet. He enlisted in the army. He wrote a letter to Mr Kilmer. In his letter, Richard told Mr Kilmer that he wrote poems too. Richard asked for Mr Kilmer’s advice. He wanted to know whether he should tell his secret to everybody. A few days later, Richard received a letter from Mr Kilmer. Mr Kilmer advised Richard to overcome his fear. Mr Kilmer advised Richard to share his poetry with people around him. Nobody was interested when Richard told his family about Mr Kilmer’s letter and his secret. Gus did not believe that Mr Kilmer was famous. Pa did not believe that Richard wrote poetry. Richard asked whether his family members wanted to read his poems. Nobody was interested. Richard was sad.

One day, Richard received a bad news about Mr Kilmer.Mr Kilmer was killed in the war between the Allies and the Germans. Richard wrote a poem as a tribute to Mr Kilmer. In the poem, Richard likened Mr Kilmer to the “world”. The tribute was printed in the local newspaper, “The Turtle Lake Weekly”. Richard’s father read the poem. Richard was afraid that his father was going to be angry at him. His father did not like Richard writing poems. After reading the poem, his father told Richard about what happened to Richard’s uncle, Roland. His father never told Richard about this story. Roland was killed in a war in Cuba. His father regarded Roland as his “world”. His father was amazed how Richard could use the same word in his tribute. Richard continued writing poems about farm life for the local newspaper. Richard got his father’s help as he was an experienced farmer. Every night, Richard read his poems aloud. His father would correct or give suggestions to improve the poems. His father finally supported Richard’s passion in writing poetry.

In conclusion, the bond in a family strengthened when family supported each other.

…………………………………………………………………………..